Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

DBKL akan pasang CCTV di taman Bukit Kiara selepas kereta Kok dipecah masuk

today27 February 2026

Background


Teresa Kok kereta pecah
Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok membuat laporan polis selepas keretanya dipecah masuk dan beg tangannya dicuri Isnin lalu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memasang CCTV di kawasan parkir taman Bukit Kiara minggu depan, selepas kereta Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dipecah masuk Isnin lalu.

Menurutnya, kerja pemasangan dijangka siap awal bulan depan.

“DBKL memandang serius kejadian itu dan kebimbangan dibangkitkan orang ramai. Keselamatan penduduk serta pengunjung taman kekal keutamaan kami dalam memastikan persekitaran awam yang selamat dan kondusif,” katanya dalam kenyataan.

Pada 23 Feb lalu, Kok dilaporkan berkata, keretanya dipecah masuk ketika berjoging di taman itu kira-kira 6.15 petang. Dia menyedari kejadian itu sekembalinya ke kereta sekitar 7 malam.

Jelasnya, cermin tingkap bahagian penumpang hadapan dipecahkan dan beg tangannya yang diletakkan di ruang kaki hilang.

Katanya, beliau kehilangan wang tunai dan duit angpau…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post