
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memasang CCTV di kawasan parkir taman Bukit Kiara minggu depan, selepas kereta Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dipecah masuk Isnin lalu.
Menurutnya, kerja pemasangan dijangka siap awal bulan depan.
“DBKL memandang serius kejadian itu dan kebimbangan dibangkitkan orang ramai. Keselamatan penduduk serta pengunjung taman kekal keutamaan kami dalam memastikan persekitaran awam yang selamat dan kondusif,” katanya dalam kenyataan.
Pada 23 Feb lalu, Kok dilaporkan berkata, keretanya dipecah masuk ketika berjoging di taman itu kira-kira 6.15 petang. Dia menyedari kejadian itu sekembalinya ke kereta sekitar 7 malam.
Jelasnya, cermin tingkap bahagian penumpang hadapan dipecahkan dan beg tangannya yang diletakkan di ruang kaki hilang.
Katanya, beliau kehilangan wang tunai dan duit angpau…