
PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melaksanakan operasi menyelamat golongan gelandangan di ibu negara bagi menjaga imej negara sempena Kepengerusian Asean 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, berkata golongan gelandangan itu melibatkan warga asing, pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR), pesakit mental, dan penagih dadah.
Katanya, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) akan menyelaras semua agensi berkaitan untuk mengatasi isu gelandangan di ibu kota, yang disifatkan sebagai pintu masuk negara.
“(Jumlah) gelandangan di Kuala Lumpur ada naik dan turun. Berdasarkan data menerusi operasi menyelamat yang dijalankan, kami mendapati golongan gelandangan di ibu kota ini terdiri daripada pelbagai…