
Kerajaan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan projek mitigasi banjir kilat jangka sederhana dengan pendekatan lebih mampan bagi mencegah banjir kilat di sekitar Padang Merbok.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, berkata komponen utama projek itu ialah pembinaan kolam takungan bawah tanah (OSD) seluas kira-kira 3,000 meter persegi di kawasan berkenaan.
“Ketika hujan lebat, air larian ditakung terlebih dahulu sebelum dilepaskan secara terkawal ke Sungai Gombak sekali gus mengurangkan limpahan mendadak di kawasan bandar padat.
“Projek ini juga merangkumi penaiktarafan longkang, pembinaan saliran sekunder dan penyusunan semula laluan air agar lebih cekap dan selamat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Beliau berkata, projek itu…