Datuk Bandar Kuala Lumpur Kamarulzaman Mat Salleh sistem itu dilakukan secara berperingkat dengan keutamaan lokasi berisiko terlebih dahulu.

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memperkenal Sistem Amaran Awal Tanah Runtuh sebagai antara usaha pemakluman sekiranya terdapat kejadian pergerakan tanah di ibu kota.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Kamarulzaman Mat Salleh dalam kenyataan memaklumkan sistem itu akan dilaksana bagi keseluruhan ibu kota secara berperingkat dengan memberi keutamaan kepada lokasi berisiko terlebih dahulu.
“Selain itu, DBKL menerusi Unit Cerunnya sedang giat memantau lokasi berisiko tinggi berlakunya tanah runtuh bagi memastikan tindakan yang cepat dapat diambil sekiranya terdapat tanda-tanda awal kegagalan cerun di lokasi.
“Unit itu bertanggungjawab…