
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) bagi mengatasi masalah banjir kilat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata DBKL akan bekerjasama dengan pihak berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mengambil langkah terbaik bagi menangani bencana alam itu.
“Saya juga dimaklumkan datuk bandar Kuala Lumpur (Maimunah Mohd Sharif) bahawa DBKL juga sedang mengenal pasti kawasan hotspot banjir kilat,” katanya pada sidang media mengenai kejadian bencana di ibu kota di Menara 1 DBKL.
Mengulas banjir kilat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Khamis lepas, Zaliha berkata kejadian itu berlaku susulan kadar hujan yang terlalu tinggi menyebabkan kenaikan air begitu pantas.
Sebelum ini, dilaporkan sebahagian besar kenderaan yang diparkir di tempat letak…