
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan penutupan serta-merta dan kompaun ke atas sebuah premis di Jalan Bukit Bintang susulan video tarian separuh bogel di hadapan premis itu yang tular di media sosial minggu lalu.
DBKL menerusi hantaran di Facebook rasminya memaklumkan Jabatan Penguatkuasaan pada 23 Ogos lalu menjalankan tindakan khas di premis terbabit dan mendapati ia mempunyai lesen komposit kedai runcit (barangan kering sahaja) bagi menjalankan aktiviti pasar raya.
Bagaimanapun, menurut DBKL premis terbabit dikendalikan oleh empat pekerja warga asing yang tidak mempunyai permit kerja sah, masing-masing dua warganegara Bangladesh dan Iran.
“Oleh itu, DBKL mengeluarkan satu notis kompaun kerana menggajikan pekerja warga asing tanpa permit kerja yang sah dan satu notis kompaun kerana menjalankan aktiviti selain yang…