
PETALING JAYA: Di selatan Kuala Lumpur wujud sebilangan institusi pendidikan dan pusat latihan dengan lokasi pembelajaran damai lagi sesuai yang membuka peluang untuk pelajar mahupun golongan pekerja mengejar impian mereka.
Antara daya penariknya, kepadatan penduduk yang lebih rendah di kawasan subbandar juga menjamin persekitaran lebih damai. Namun pada masa sama, mereka yang lebih cenderung mencari keseronokan pula tidak perlu mengembara jauh untuk sampai ke ibu kota.
Terletak dalam zon institusi dan penyelidikan utama Malaysia, De Centrum City (DCC) dengan keluasan 100 ekar merupakan pembangunan bercampur merangkumi kediaman bertingkat, universiti infrastruktur, pusat beli-belah, selain hotel dan kemudahan asrama pelajar.
Perunding pemasaran projek Art Toh Sdn Bhd, Arthur Toh berkata: “Lokasi strategik mesti turut merangkumi institusi serta syarikat…