Pengarah sukan Barcelona, Deco mendedahkan sebab kelab itu memilih untuk mendapatkan Anthony Gordon pada musim panas ini, meskipun Marcus Rashforddilihat menikmati tempoh pinjaman yang berjaya di Camp Nou musim lalu.
Gergasi Catalan itu memilih untuk mengubah strategi dengan mengutamakan profil Gordon yang dianggap lebih sesuai bagi memenuhi tuntutan taktikal Hansi Flick berbanding meneruskan usaha mendapatkan Rashford secara kekal daripada Manchester United.
