Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Dedah Bekas Suami & Izreen Azminda Hantar Surat Tuntutan, Intan Saleh Lantik Peguam Terkemuka

today17 March 2023

Background

Kontroversi antara usahawan dan pempengaruh, Intan Saleh bersama pelakon, Izreen Azminda sebelum ini hangat menjadi perhatian ramai di media sosial.

Januari lalu, Izreen tampil membaut perkongsian di Instagram mendakwa dia akan mendedahkan perangai sebenar Intan.

Isu tersebut muncul selepas Izreen mendakwa Intan masih belum boleh melupakan bekas suaminya, Ude Wahid.

ARTIKEL BERKAITAN: “Rasa Hormat Kat Laki Kau Mana?” – Simpan Banyak Bukti, Izreen Azminda Dakwa Intan Saleh Tak ‘Move On’?

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak Jaga Mental Tapi Dibuli, Dihina” – Dedah Diugut Sebar Aib, Intan Saleh Anggap ‘Pihak Sana’ Seronok Jaja Cerita

Berdasarkan perkongsian terkini, Intan memuat naik foto bersama peguam terkemuka, Mahmud Jumaat dan aktivis kemanusiaan terkenal, Mona Din.

“Alhamdulillah, Intan dah ada peguam!,” tulisnya.

Menerusi hantaran itu juga, Intan turut berkongsi kenyataan dari pihak peguam yang telah mendedahkan bahawa usahawan itu menerima surat tuntutan daripada bekas suami dan isteri barunya atas terbitan posting yang dibuat.

Menjengah ke ruangan komen, bekas isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri tampil memberi sokongan kepada Intan.

“Come on Kak Intan.. Shu ada dekat sini berdiri sebelah kak Intan juga. Allah Maha Mengetahui setiap perkara,” tulisnya.

Written by: Aqilah


Previous post