Ia menyusul amaran Anwar Ibrahim kepada pihak tertentu jangan ‘menghangatkan suhu’ kaum atau agama.

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim digesa mendedahkan identiti atau kumpulan cuba meniupkan sentimen kaum serta agama kerana kehilangan kuasa.
Presiden Putra, Ibrahim Ali berkata, gambaran jelas perlu diberikan kerana pasukan keselamatan juga perlu digerakkan bagi menangani ancaman berkenaan.
“Kita desak perdana menteri dedahkan dengan jelas siapa yang dimaksudkan mengancam keselamatan negara kerana kemaruk atau gila kuasa,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, Anwar dilaporkan memberi amaran kepada pihak tertentu jangan “menghangatkan suhu” kaum atau agama kerana kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan usaha sedemikian.
Katanya, beliau sudah mengarahkan pasukan keselamatan berwaspada terhadap sebarang usaha ke arah itu.
Ketua Polis…