
PETALING JAYA: Tindakan memuatnaik hantaran di media sosial untuk memalukan individu yang tidak memboikot jenama dikaitkan dengan Israel adalah melanggar undang-undang privasi, kata seorang peguam susulan penyebaran gambar orang ramai berpusu-pusu singgah di restoran makanan segera terkenal ketika Aidilfitri.
Warganet turut melabelkan orang ramai yang mengunjungi McDonald’s dan KFC itu sebagai “anjing”.
Peguam terbabit, Bastian Pius Vendargon berkata mereka yang terjejas boleh mengambil tindakan sivil kerana ia adalah “hak yang diiktiraf” di Malaysia selain memfailkan saman fitnah terhadap individu yang membuat hantaran.
“Sekiranya hantaran itu menunjukkan orang dalam gambar atau video itu telah terlibat dalam kelakuan yang menjijikkan atau sesuatu yang mencemarkan nama baik mereka di mata masyarakat umum, maka ia boleh menjadi fitnah.”
Beliau juga berkata…