Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Dedah nama ‘mafia politik’ ugut PM kepada umum, Hassan gesa Anwar

today1 July 2023

Background


Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata identiti ‘geng kaya’ itu perlu didedahkan kepada umum untuk dinilai rakyat.

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim (kiri) menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim mendedahkan identiti mereka yang berpakat mahu menjatuhkannya.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim menyifatkan “geng kaya” yang mengugut dan mahu menjatuhkan kerajaan perpaduan seperti yang didakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai “mafia politik”.

Hassan berkata, walaupun ugutan itu boleh dianggap sebagai satu kesalahan jenayah tetapi beliau mencadangkan perdana menteri tidak perlu menggunakan menggunakan polis dan undang-undang untuk berdepan mereka.

“Sebaliknya dedahkan mereka ke pengetahuan umum untuk dinilai rakyat,” katanya menurut Berita Harian.

Katanya, Anwar perlu mendedahkan siapa “geng kaya” itu dan bagaimana mereka boleh memperoleh kekayaan yang luar biasa.

“Adakah mereka kapitalis kroni? Adakah mereka pemilik monopoli permit…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post