
Sebuah kumpulan pemuliharaan alam sekitar mencabar kerajaan Pahang mengadakan siasatan awam berhubung proses penyahwartaan hutan simpan kekal.
Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) Rajesh Nagarajan berkata kerajaan negeri juga perlu mendedahkan syarat yang digunakan untuk menyahwartakan hutan simpan kekal serta membuka proses itu kepada penelitian orang ramai.
“Dedahkan syarat itu. Beritahu orang ramai hutan mana yang dinyahwartakan, mengapa ia dilakukan, berapa luas kawasan terlibat, pembangunan apa yang dicadangkan dan apakah kesannya terhadap alam sekitar,” katanya dalam kenyataan.
Rajesh mengulas kenyataan Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail sebelum ini bahawa negeri itu mempunyai syarat dan prosedur sendiri bagi…