Hot FM

Deklarasi Beijing bukti Hamas, Fatah bersatu bina semula Palestin, kata Ismail


China Palestinians
Semalam dilaporkan 14 kumpulan Palestin termasuk Fatah dan Hamas menghadiri rundingan perdamaian dan menandatangani Deklarasi Beijing untuk bersama-sama membina kembali Palestin selepas diceroboh Israel. (Gambar AP)

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob memuji dan menghargai kerajaan China yang berjaya mendamaikan Hamas dan Fatah bersama 12 fraksi politik dalam usaha membina semula Palestin yang diceroboh Israel.

Beliau berkata, Deklarasi Beijing yang dimeterai oleh kumpulan-kumpulan berkenaan semalam di Beijing penting dalam membuktikan perpecahan dalam kalangan mereka telah berakhir.

“Deklarasi Beijing amat penting untuk membuktikan bahawa mereka telah bersatu dan bersedia untuk bersama-sama membina kembali Palestin selepas diceroboh serta dijajah Israel.

“Tahniah dan sekalung penghargaan kepada China yang berusaha mendamaikan fraksi-fraksi Palestin secara tidak langsung menamatkan usaha pihak tertentu memecah-belahkan rakyat negara tersebut,” katanya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version