Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Delimawati Jarang Dapat Tawaran Lakonan Sejak Ketiadaan Arwah Mamat Khalid

today8 November 2023

Background

Pelakon senior, Delimawati mengakui terpaksa berjimat cermat selepas hampir tujuh bulan tidak menerima sebarang tawaran berlakon.

Menurut laporan Media Hiburan, Delimawati yang kini tinggal bersama anaknya berkata, dia tidak keluar kemana-mana bagi mengurangkan perbelanjaan harian.

“Saya dah lama tak keluar rumah atau pergi ke mana-mana. Salah satu sebabnya saya sudah lama tiada tawaran berlakon. Hampir tujuh bulan juga.

“Sekarang ini, bila nak keluar, macam-macam nak kena fikir. Duit minyak dan tol lagi. Saya tak malu nak bercerita sebab ini perkara betul.

“Saya kini hanya duduk dengan anak. Apa yang anak makan, itu juga yang saya makan. Kini kami hanya mengharapkan menantu sebab dia seorang sahaja yang bekerja.

“Anak-anak yang menjadi harapan saya pula sudah meninggal dunia. Rasa macam tiada harapan lagi. Kini tinggal yang bongsu sahaja bersama saya,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon filem seram popular Hantu Kak Limah ini berkata, tawaran berlakon semakin berkurang selepas pemergian pengarah tersohor, Allahyarham Mamat Khalid.

“Sejak arwah tiada, tawaran memang sedikit. Kalau arwah masih ada, ada juga filem-filem yang dia akan buat untuk menaikkan nama artis vateran supaya orang masih tahu kita aktif.

“Ketika ini, ramai yang ingat saya tak aktif. Peminat kerap tanya di Facebook. Saya masih aktif tapi tak diperlukan. Itu sumber rezeki kita tapi orang tak panggil.

“Mungkin sekarang ini, pelakon yang dahulu pegang watak anak, kini dah jadi mak. Tinggal apa lagi untuk kami? Jadi nenek atau hantu je ke?

“Mungkin mereka melihat kami ini tidak memerlukan pekerjaan hari-hari. Kami ada rumah, kereta dan perbelanjaan yang perlu dibayar,” katanya lagi.

Tambah Delimawati lagi, dia tidak akan sesekali merayu kepada pengarah atau penerbit untuk memanggilnya berlakon dalam sesebuah naskah.

β€œMereka bukan tak kenal saya. Takkan la saya nak telefon pengarah suruh ambil berlakon. Saya sudah berlakon sejak tahun 1987. Mereka tahu kemampuan saya.

β€œKalau mereka mahukan khidmat saya, mereka akan panggil. Kalau tak panggil tu, kita faham sendiri la,” tutupnya.

Sumber: Media Hiburan

Written by: Aqilah


Previous post