Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Demi Jayakan Watak Qaidah, Sarimah Ibrahim Berhabis Lebih RM50,000

today14 May 2024

Background

Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim sanggup melaburkan duit sendiri kira-kira RM50,000 demi menjayakan watak Qaidah dalam drama Lelaki Itu.

Jelas Sarimah, wang yang dilaburkan itu termasuklah penyediaan untuk Qaidah dari segi pakaian, peralatan solekan, penjagaan muka dan badan iaitu mengikut kehendak watak yang digambarkan, seorang wanita berjaya dalam kerjaya, kaya dan terlalu berdikari.

β€œMasa watak Qaidah kebanyakkannya saya yang sediakan, wardrobe dah sediakan tetapi untuk menghayati watak Qaidah tu saya dah ada satu reference yang Qaidah adalah sejenis wanita yang mesti akan kekwat pasal penampilan dia.

β€œJadi saya pun terpaksa jadi kekwat tentang baju. Hampir RM50,000 saya berhabis demi Qaidah, seorang wanita yang sangat berdikari dan kaya.

β€œBanyak faktor terlibat antaranya dari segi penampilan, gym, baju, rambut, penghayatan, suara, cukup tidur, jangan ambil job lain, jangan pergi dinner, disiplin dengan masa nak bahagikan dengan anak-anak, mata cerah tak merah.

β€œKuku cantik, pastikan Semuanya cantik. Kalau kita list kan benda tu, nampaklah. Tapi kalau tengok saja, orang boleh anggap benda tu dah senang.

β€œItulah prosesnya untuk merelaisasikan setiap watak. Malah, bagi drama akan datang juga saya akan mlakukan persediaan awal dengan cara yang sama.

β€œAndai kata saya dapat watak berhijab, saya dah perhatikan sekeliling wanita bertudung tu pakai macam mana,” katanya.

Sarimah berkata demikian ketika ditemui pada majlis sesi ramah mesra bersama media di restoran makanan Cina di sebuah hotel di ibu kota.

Selepas 15 tahun β€˜berehat’ dari industri seni, Sarimah akhirnya kembali beraksi di televisyen menerusi drama popular Lelaki Itu TV3, memegang watak utama Qaidah.

Semenjak kemunculannya semula, nama Sarimah hangat menjadi perbualan, malah watak Qaidah itu seakan telah menjadi fenomena dalam kehidupannya kini.

Artikel Berkaitan:Β β€œKalau Tak Ada Peluang, Tak Ada Penyondolan Itu” – Sarimah Ibrahim

Artikel Berkaitan:Β Bintangi Drama Lelaki Itu, Sarimah Ibrahim Perlu Menangis Lapan Kali Dalam Masa Satu Hari – β€œSaya Tak Pernah Bawa Watak Begini”

Written by: Salma


Previous post