PETALING JAYA: Anwar Ibrahim berkata kesungguhan kerajaan menyelesaikan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bukan didorong rasa takut hilang sokongan, sebaliknya mengotakan janji pemimpin terdahulu.
Perdana menteri berkata, beliau menolak melakukannya kerana tidak mahu kehilangan sokongan kerajaan Sarawak dan Sabah.
“Saya tidak ambil sikap defensif untuk mempertahankan MA63 sebab itu arahan awal saya sejak jadi perdana menteri walaupun dikritik. Saudara Alex (Alexander Nanta Linggi) tahu…kadang pembangkang kritik saya takut hilang dokongan…(konon) saya takut ada ugutan.
“Saya kata tidak pernah ada ugutan, (tetapi) ya pernah ada cadangan, namun tidak pernah saya rasa gentar,” katanya menurut Astro Awani ketika beliau hadir Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin Komuniti Masyarakat Kapit,…