
“Demi rakyat.”
Ungkapan yang boleh dianggap keramat, paling mudah disebut dan dijual dalam politik. Kita dengar ketika pilihan raya, dalam ceramah, semasa kerajaan mempertahankan sesuatu dasar atau dikritik bahkan pembangkang juga ‘menunggangnya’.
Semuanya…katanya, demi rakyat.
Tetapi, semakin kerap kita mendengarnya, semakin wajar kita bertanya: rakyat sedang dibela atau sedang ditunggang?
Rakyat sebenarnya tidak meminta terlalu banyak.
Mereka mahu gaji cukup untuk menampung keluarga. Harga barang yang tidak membuatkan setiap kali ke pasar terpaksa berfikir dua kali. Mereka mahu anak mendapat pekerjaan yang baik. Mahu rumah mampu milik, sekolah yang baik, perkhidmatan kesihatan tidak membebankan dan pengangkutan awam boleh diharap.
Mereka juga mahu kerajaan yang serius menangani rasuah dan salah guna kuasa. Benda-benda ini mungkin kedengaran biasa, tetapi itulah kehidupan rakyat setiap hari.
Sebab itu politik memang perlu bercakap tentang masalah rakyat. Kerajaan mesti…