
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) Pahang sedia melupakan perseteruan lama dengan Barisan Nasional (BN) demi kestabilan rakyat negeri itu, kata pengerusinya, Amirudin Shari.
Justeru, Amirudin dengan terbuka hati memulakan salam perdamaian selepas dua gabungan itu bersetuju menubuhkan kerajaan perpaduan tanpa syarat.
“Saya percaya kehadiran saya dan Abang Mat (Mohamad Sabu) serta pemimpin PH lain, datang dengan hati terbuka dan tulus ikhlas di Pahang.
“Kita bersedia melupakan pertelagahan atau perseteruan lama demi rakyat khususnya seluruh orang di Pahang termasuk penduduk di DUN Tioman pada malam ini (semalam),” katanya menurut Sinar Harian.
Amirudin sebelum itu menyampaikan ceramah umum sempena kempen pilihan raya DUN Tioman di Pasar Besar Rompin malam tadi.
Ceramah julung kali diadakan secara bersama itu turut dihadiri…