
PETALING JAYA: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) wajar menyertai kerajaan perpaduan Anwar Ibrahim yang baharu ditubuhkan demi memastikan suara kerajaan Sabah turut berada dalam Kabinet, kata seorang penganalisis politik.
Pakar geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Azmi Hassan berkata ketiadaan GRS dalam kerajaan dilihat suatu kelompongan dalam kerajaan inklusif diketuai perdana menteri ke-10 itu.
Katanya, seperti Sarawak, wilayah Sabah juga memerlukan perhatian istimewa daripada kerajaan persekutuan, justeru wujudnya keperluan bagi wakil GRS untuk berada dalam mesyuarat Kabinet.
“Seharusnya di Semenanjung yang sudah ada wakilnya dengan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, Sarawak mungkin Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan seharusnya wilayah Sabah…