Hot FM

Denda trafik perlu ikut pendapatan pesalah, kata aktivis sosial


roadblock polis sekatan jalan raya
Aktivis sosial Lee Lam Thye berkata beberapa negara berjaya melaksanakan sistem denda berasaskan pendapatan bagi memastikan sekatan undang-undang memberi kesan yang lebih saksama dalam kalangan masyarakat.
KUALA LUMPUR:

Denda trafik bagi kesalahan serius disaran dikenakan mengikut kadar pendapatan dan keupayaan kewangan pesalah bagi memastikan hukuman dapat memberikan kesan pencegahan yang sama rata dalam kalangan masyarakat, kata aktivis sosial Lee Lam Thye.

Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat (Ikatan) itu berkata sistem denda kadar tetap seperti sekarang tidak memberi kesan yang sama kepada pesalah.

Katanya, ini kerana denda yang sama rata mungkin hanya memberi kesan yang sedikit kepada mereka yang berpendapatan tinggi dalam masa yang sama membebankan mereka yang berpendapatan rendah.

“Bagi seseorang yang mempunyai kemampuan kewangan yang besar, denda sebanyak RM500 atau RM1,000 mungkin memberi kesan sedikit. Sebaliknya, jumlah yang sama boleh membebankan individu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version