Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Dendam tak tercalon punca Ramasamy ajak pengundi KKB tolak PH, kata Loke

today1 May 2024

Background


Loke Siew Fook
Loke Siew Fook berkata P Ramasamy perlu ingat mengundi adalah hak warganegara.

HULU SELANGOR: Tindakan Pengerusi Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai) P Ramasamy yang meminta pengundi terutama masyarakat India tidak mengundi calon Pakatan Harapan (PH) bertujuan membalas dendam kepada DAP dan gabungan itu.

Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook, berkata tindakan politik tanpa hala tuju itu dipercayai dibuat selepas namanya digugurkan pada PRN Pulau Pinang, Ogos tahun lalu.

“Suruh pengundi tak undi calon kerajaan perpaduan (Pang Sock Tao), tetapi dia ada beri alternatif untuk undi siapa? Dia sendiri pun tak tahu dan tak ada alternatif. Dia kena ingat mengundi itu (adalah) hak warganegara dan kita yakin mereka (pengundi) bijak menilai.

“Dia bebas nak cakap apa, tapi kalau kita ikut cakap dia, kita pun akan jadi sesat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan aktiviti kempen bersama Pang yang dipertaruhkan mewakili kerajaan perpaduan bagi PRK Kuala Kubu Baharu, yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

FAM perlu terima kegagalan

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) seharusnya tidak memberi alasan susulan kegagalan skuad bawah 23 tahun (B-23) di pentas Piala Asia B-23 di Qatar, baru-baru ini.

today1 May 2024