Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Dengan Sekali Lafaz, Ezlisa Loy Sah Bergelar Isteri Hafiz

today29 June 2025

Background
Dengan Sekali Lafaz, Ezlisa Loy Sah Bergelar Isteri Hafiz


Pelakon jelita, Ezlisa Loy sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Hafiz Azizi, dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung pada pagi Ahad.

Tahniah!

Ezlisa, atau nama penuhnya Nurul Ezlisa Loy, mendirikan rumah tangga pada usia 29 tahun. Momen bahagia itu turut dikongsikan secara langsung menerusi siaran perancang perkahwinan mereka, Sanggul Event.

Adik kepada pelakon terkenal Elfira Loy itu menerima mas kahwin berjumlah RM300.

Ezlisa kelihatan anggun dalam busana pengantin berona putih, sedondon dengan suaminya, mencuri perhatian ramai.

Majlis pernikahan yang diadakan secara eksklusif dan meriah itu dihadiri oleh ahli keluarga, saudara-mara serta rakan-rakan terdekat.

Terdahulu, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan dalam satu majlis yang berlangsung pada 27 April 2024, menandakan permulaan fasa baharu dalam hubungan cinta mereka.

Video

Sumber: Qeqoz Gifts & Cafe

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahira


Previous post

Sukan

ShekhinahPR sumbang barangan dan peralatan Man United kepada SK Lemoi

Kuala Lumpur: Agensi perhubungan awam, ShekhinahPR bersama perunding pemasaran dan pengurusan bola sepak terkemuka di Asia Tenggara, ProEvents, hari ini menyumbangkan barangan dan peralatan bola sepak yang digunakan Manchester United pada perlawanan menentang Asean All-Stars ketika di Stadium Nasional Bukit Jalil, bulan lalu kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Lemoi.

today29 June 2025