Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

“Dengar Cakap Syaitan Eh?” – Gadis Hampir Bunuh Diri Kerana Kecewa Rakan Tuduh Bukan-Bukan

today4 December 2019

Background


Bahasa:

“Awal tahun hari itu aku ada kongsi banyak tentang rasa nak bunuh diri kat akaun Instagram. Ya, aku bercadang untuk bunuh diri, aku ada parut di pergelangan tangan dan di seluruh tangan aku. Aku harap kalau bagi klu pada kawan-kawan aku, mereka akan tahu rancangan aku. 

“Tapi…

“Mereka bukannya tolong aku sebalik lagi kecam aku adalah dengan ayat-ayat kejam dorang. ‘Kau pahal nak bunuh diri lak’, ‘setakat masalah kau ni benda kecil jelah, sikit-sikit nak mati’, ‘dengar cakap syaitan eh’.

“Betul cakap orang, mereka yang paling dekat dengan kita akan sakitkan kita paling teruk. Sakit dia tak tahu nak terangkan macam mana sebab member sendiri cakap macam itu. 

“Cuba teka? Aku kelar tangan aku lagi teruk lepas tu. Mungkin kawan-kawan aku ingat aku gurau je kot. Lol, aku hampir mampus tahun ini mana korang tahu. Sudahnya, aku pendam sorang-sorang, tahan sakit sorang-sorang. Sumpah sakit!” tulisnya.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Eiida Khaleeda


Previous post