Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Dengar Kata Anak Kecil ‘Confirm’ Datang Lepas Dengar Lagu TikTok Ini. Para Ibu Boleh Try!

today18 September 2020

Background


Dinamakan #cocomelonchallenge atau Cabaran CocoMelon, apa yang berlaku ialah setiap kali lagu nursery rhyme dari saluran itu dimainkan oleh ibu, confirm anak kecil atau bayi akan terus datang menghampiri.

Perkara ini telah dibuktikan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Atul, yang mana videonya telah dimuat naik di laman TikTok serta Twitter miliknya.

Bukan itu sahaja, Atul kemudiaannya turut memuat naik video susulan sekali lagi membuktikan keberkesanan lagu nursery rhyme itu dalam ‘menyeru’ anak kecilnya.

Lihat sendiri video di bawah, laju betul anaknya datang menghampiri selepas mendengar lagu itu!



Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Ashiqin Rosselly