
PETALING JAYA: Walaupun tindakan menubuhkan Suruhanjaya Kanak-Kanak satu langkah ke arah yang tepat, namun badan itu mesti bersifat inklusif dan holistik.
Perunding kanak-kanak dan aktivis, Dr Amar-Singh HSS berkata, suruhanjaya itu mesti meluas, meliputi keperluan kanak-kanak terpinggir serta mereka yang berada dalam kemiskinan dan kurang upaya.
“Mesti ada mekanisme untuk mendengar daripada kanak-kanak itu sendiri dan bukan sekadar membuat rancangan bagi mereka,” katanya kepada FMT, sambil menyatakan kepentingan masyarakat sivil dan aktivis yang telah bertungkus lumus menambah baik situasi dan hak golongan itu dirangkul bersama.
Amar juga berharap suruhanjaya berkenaan akan mempunyai skop dan kuasa melaksanakan perubahan, berbanding sekadar menjadi badan penasihat.
Katanya, cukup…