
KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan kerajaan negeri sentiasa peka terhadap masalah rakyat dengan setiap dasar dan keputusan diambil perlu berasaskan kepentingan masyarakat serta kelestarian alam sekitar.
Baginda bertitah, rakyat merupakan tunjang kekuatan sesebuah negeri justeru menjadi tanggungjawab bersama untuk memastikan mereka dapat menjalani kehidupan dalam keadaan aman, makmur dan sejahtera tanpa mengira status.
“Dengarlah suara mereka, peka kepada masalah dan keperluan mereka. (Justeru) saya ingin menyeru agar semua jabatan dan agensi di bawah kerajaan negeri mengambil langkah proaktif untuk memudahkan urusan birokrasi rakyat.
“Proses yang cekap dan mesra rakyat akan membantu mengurangkan beban mereka serta menunjukkan komitmen kita dalam memberikan perkhidmatan terbaik,” titah baginda pada Istiadat…