
PETALING JAYA: Suami isteri yang ditahan kerana disyaki mendera dua anak saudara akan dituduh di mahkamah esok.
Ketua Polis Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak, berkata pasangan itu akan dituduh pada 9 pagi di Mahkamah Ampang.
“Suspek akan dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta kanak-kanak 2001,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Jumaat lalu, media melaporkan polis menahan suami isteri masing-masing berusia 29 dan 33 tahun kerana disyaki mendera dua anak saudara mereka di sebuah kondominium di Taman Cahaya, Ampang.
Polis berkata, kanak-kanak lelaki berkenaan didapati mempunyai kesan lebam di bahagian belakang badan, kaki dan tangan dipercayai akibat didera.
Sebelum itu, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang berada seorang diri di dalam rumah cuba terjun dan melarikan diri melalui tingkap sebuah kondominium tingkat…