Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Dera 2 beradik, suami isteri direman 7 hari

today17 September 2022

Background



Polis berkata, kedua-dua suspek itu direman mulai hari ini hingga Jumaat depan bagi membantu siasatan.

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri yang ditahan semalam kerana disyaki mendera dua anak saudaranya di sebuah kondominium di Taman Cahaya, Ampang direman tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak berkata, kedua-dua suspek direman bermula hari ini hingga Jumaat depan bagi membantu siasatan.

β€œReman terhadap kedua-dua suspek berumur 29 dan 33 tahun itu dikeluarkan Majistret Amalina Basirah Md Top di Mahkamah Majistret Ampang Jaya pagi tadi,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, polis menahan kedua-dua suspek kira-kira 6 petang kerana disyaki mendera dua beradik itu.

Suspek wanita merupakan adik kepada ibu mangsa yang menjaga dua beradik itu sejak dua tahun lalu, selepas bapa kanak-kanak itu meninggal dunia.

Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang berada di rumah seorang diri, cuba terjun dan melarikan diri…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post