
PETALING JAYA: Sepasang suami isteri ditahan polis di Keningau semalam kerana disyaki mendera dua kanak-kanak lelaki berusia lima dan 13 tahun sejak bulan lalu.
Mereka didakwa mendera kedua-dua mangsa menggunakan seterika, batang besi, sudu panas dan air panas hingga menyebabkan badan luka dan melecur.
Ketua Polis Keningau, Yampil Anak Garai, berkata kejadian disedari oleh seorang lelaki berusia 27 tahun ketika didatangi mangsa berusia 13 tahun yang menjual burger di sebuah premis, kira-kira 12 tengah hari, pada 2 Mac lalu.
Katanya, lelaki itu menyedari terdapat kesan luka seperti kesan terkena seterika pada badan kanak-kanak terbabit disyaki didera.
“Menyedari keadaan mangsa seperti didera, dia kemudian membuat laporan polis sebelum kedua-dua suspek suami isteri berusia 27 dan 36 tahun ditahan di…