

Gesaan supaya siasatan baharu dijalankan terhadap Tabung Haji (TH) hanyalah ‘mainan politik’ untuk meremehkan dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sedia ada, kata bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi.
“Jangan mempolitikkan laporan RCI TH dan perlu ada tindakan total kepada semua ‘culprit’ terlibat,” katanya dalam forum penerangan RCI TH di Johor Bahru.
Kenyataan Puad itu menjawab desakan Presiden Umno Zahid Hamidi supaya siasatan baharu dijalankan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Takiyuddin Hassan juga menggesa satu lagi RCI ditubuhkan untuk menyiasat pentadbiran TH bagi tempoh selepas laporan pertama.
Laporan RCI itu, yang didedahkan pada pada Julai, menunjukkan kerajaan…