
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini kecoh selepas Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan bantuan mangsa banjir yang lambat tiba.
Lim Guan Eng (PH-Bagan) membangkitkan isu banjir yang berlaku di Lembah Klang dan meminta kerajaan memberi penjelasan langkah perlu diambil untuk menangani masalah itu.
“Kita perlu satu jawapan yang penting daripada kerajaan, khususnya langkah-langkah perlu diambil untuk tangani masalah ini.
“Ini kerana telah berlaku kematian. Saya harap ada seorang Menteri berkaitan untuk memberikan penjelasan langkah diambil untuk memulihkan dengan segera,” katanya di Dewan Rakyat.
Lim juga berkata penjelasan perlu diberikan kerana bencana itu telah menjejaskan ribuan mangsa.
“Kita amat terharu dengan gambar-gambar, banyak lihat mereka berlindung di atas bumbung.
“Ini tak sepatutnya berlaku dalam Lembah Klang yang dianggap kawasan paling maju sekali,” katanya.
Sementara itu, Ahmad Maslan (BN-Pontian) berkata beliau juga mahu…