KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Keselamatan Siber 2024.
RUU itu, yang bertujuan meningkatkan keselamatan siber negara menerusi pematuhan terhadap langkah, standard dan proses tertentu dalam pengurusan ancaman keselamatan siber, diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Gobind ketika menggulung perbahasan berkata pelaksanaan RUU itu dapat membantu kerajaan memastikan kebolehlaksanaan dan kecekapan fungsi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (CNII) dalam menangani insiden keselamatan siber.
Beliau berkata RUU itu sangat penting kerana CNII merangkumi sektor kerajaan, perbankan dan kewangan, pengangkutan, pertahanan dan keselamatan negara serta maklumat, komunikasi dan digital yang lazimnya menjadi sasaran serangan siber bagi melumpuhkan kerajaan.
Turut tersenarai sektor perkhidmatan jagaan kesihatan, air dan…