
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat meluluskan pindaan terbaharu pada Akta Universiti dan Kolej Universiti melalui undian suara.
Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir, yang membentangkan rang undang-undang tersebut, berkata penambahbaikan pada Seksyen 15A akta tersebut membenarkan majlis perwakilan pelajar dan badan pelajar memungut wang dan menerima sumbangan, tertakluk pada peraturan dan undang-undang.
“Bagaimanapun, pindaan kepada Seksyen 15A ini masih tidak membenarkan pelajar atas kapasiti individu untuk terlibat dengan aktiviti pungutan wang atau penerimaan wang atau apa-apa sumbangan lain melainkan jika tindakan tersebut dibuat atas nama atau bagi pihak MPP atau mana-mana badan pelajar universiti,” katanya kepada Dewan Rakyat.
Seramai 23 Ahli Parlimen membahaskan RUU itu yang dibentangkan bagi bacaan…