
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perniagaan Perkhidmatan Wang (Pindaan) 2024 dengan lebih suara bersetuju.
Ia diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying setelah jawatankuasa menimbang usul dicadangkan tanpa pindaan.
Lim berkata RUU itu bertujuan untuk mengukuhkan rangka kerja undang-undang sedia ada bagi memastikan tindakan penguatkuasaan yang lebih berkesan dalam membanteras perniagaan perkhidmatan wang tidak berlesen (hawala) dan ketidakpatuhan undang-undang oleh pemegang lesen.
Katanya, walaupun Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 memberi kesan positif dalam kalangan pemegang lesen, industri itu terus dibelenggu operasi perniagaan tidak berlesen.
“Pindaan ke atas RUU ini meliputi…