
PETALING JAYA: Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) membangkitkan semula persoalan penerimaan dana asing oleh Pakatan Harapan (PH) yang sehingga kini tiada siasatan atau pun jawapan mengenai dakwaan itu.
Ketuanya Ahmad Yahya berkata, persoalan itu paling mustahak dan lebih bahaya kerana mendedahkan kedaulatan negara kepada kepentingan asing.
“Persoalan paling mustahak di sini adalah penerimaan dana asing oleh PH yang sudah mencetuskan kebimbangan ramai sebelum ini. Perkara itu didedahkan sendiri oleh Presiden International Republican Institute (IRI), Daniel Twining pada pasca pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang lalu.
“Dakwaan ini lebih berbahaya kerana mendedahkan kedaulatan negara kepada kepentingan asing. Ironinya masih tiada siasatan mahupun jawapan yang tuntas terhadapnya,” katanya dalam satu kenyataan…