Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Di bandar Rusia yang hidup bersama loji nuklear

today4 October 2026

Background


Kalinin Nuclear Power Plant
Loji Kuasa Nuklear Kalinin yang mempunyai empat reaktor bukan sahaja mendominasi pemandangan Udomlya, malah menjadi antara nadi utama ekonomi bandar kecil di Rusia itu.
UDOMLYA:

Tidak banyak yang kelihatan luar biasa di bandar kecil Rusia ini, kira-kira 200km di barat laut Moscow.

Orang ramai memancing di tasik. Rumah kecil dan kebun memenuhi tebingnya. Kanak-kanak pergi ke sekolah, penduduk keluar bekerja dan pada musim panas, mereka berenang di tasik.

Namun, apabila memandang ke kejauhan, dua menara penyejuk gergasi tersergam di kaki langit.

Udomlya menempatkan Loji Kuasa Nuklear Kalinin, sebuah kompleks dengan empat reaktor yang bukan sahaja mendominasi pemandangan bandar ini, malah memainkan peranan besar dalam ekonominya.

Selepas menghabiskan beberapa hari di sini, perkara yang paling menarik perhatian saya bukan bagaimana kehidupan penduduk berubah kerana kewujudan loji nuklear.

Sebaliknya, betapa biasa semuanya kelihatan.

kids playing plaground udomlya
Taman permainan antara kemudahan yang mudah ditemui…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Azeem Abu Bakar


Previous post

Sukan

Malayan Xpedition 2026 satukan komuniti 4×4

Kuala Lumpur: Malayan Xpedition 2026 bukan sekadar perjalanan meredah laluan mencabar menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4x4), sebaliknya mengangkat pengalaman meneroka Malaysia tersembunyi sambil menghubungkan komuniti automotif, keluarga dan penggemar aktiviti luar.

today4 October 2026