
PETALING JAYA: Bradley Hope, pengarang bersama buku mengenai skandal 1MDB, telah memulakan carian di media sosial terhadap ahli perniagaan dalam buruan yang dikaitkan dengan kes itu.
Menerusi Twitter, Hope berkata, beliau mahu memulakan pencarian baharu menjejak Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.
“Maklumat sudah diterima, kami sedang memprosesnya. Bantu kami sampaikan berita ini kepada rakan kami di China.”
Low, yang didakwa di Malaysia dan Amerika Syarikat atas dakwaan menjadi dalang mencuri USD4.5 bilion daripada dana negara, dipercayai berada di Macau, walaupun Beijing menafikan melindungi individu buruan itu.
Hope turut berkongsi video mesej yang dihantar Jho Low kepada rakan dan keluarga melalui aplikasi pemesejan pada awal 2017 untuk memberikan petunjuk kepada warganet “gambaran Low…