Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Erling Haaland tergelak ketika dia menonton rakaman semula kemungkinan aksi simulasi dari rakan sepasukan Norway beliau, Morten Thorsby ketika menentang Sweden.
Norway menang 2-1 ke atas saingan Scandinavia mereka dalam kumpulan H dalam aksi Liga Negara-Negara Eropah pada hari Ahad, hasil dua jaringan daripada penyerang Manchester City yang akan datang.
Pemain muda Manchester United, Anthony Elanga sempat menjaringkan gol saguhati cantik masa kecederaan untuk Sweden dalam kekalahan yang mengecewakan di Friends Arena.
Haaland benar benar gembira dan bermotivasi selepas kemenangan itu. Walaupun dia sedar bahawa kemenangan mereka agak kontroversi.
Ini selepas aksi penalti kelihatan agak lembut daripada insiden antara Emil Krafth dari Sweden dan Thorsby dari Norway.
Pengadil Anthony Taylor meniup wisel dan memberikan…