Menerusi hantaran tersebut, Rita menegaskan kepentingan adab dalam kehidupan sebagai seorang manusia dan menyifatkan cara Imran meminta maaf adalah kurang sesuai.
Perkara itu ditekankan Rita selepas timbul isu pertelingkahan antara pelakon, Ellie Suriaty dengan Imran Bard berkenaan parodi yang memetik nama pelakon berkenaan.
“Dia bukan makcik hang. Lebih sopan address dia Puan. Cara minta maaf pun tak ada adab. Kaya macam mana pun kita, belajar tinggi macam mana pun kita, kalau adab itu tak ada, tak payah rasa diri tu hebat,” tulisnya.