Hot FM

Dia dah lupa, Puad tepis bidasan Noh


Puad Zarkashi Noh Omar
Ahli MKT Umno, Puad Zarkashi, dan bekas Ketua Umno Selangor, Noh Omar, berbalas kenyataan susulan penyertaan ke dalam Bersatu baru-baru ini.

PETALING JAYA: Puad Zarkashi menepis bidasan bekas pemimpin Umno, Noh Omar, berhubung kritikan terhadap alasan beliau menyertai Bersatu baru-baru ini.

Noh semalam membidas Puad yang menyifatkan alasan beliau menyertai Bersatu kerana simpati terhadap bekas presiden Umno, Najib Razak, sebagai ‘low class’.

Bekas ketua Umno Selangor itu membidas Puad supaya fokus sebagai speaker DUN Johor, dan tidak banyak mengeluarkan kenyataan politik jika ingin dipandang ‘high class’.

“Noh Omar lupa saya adalah ahli majlis kerja tertinggi Umno. Saya berhak bercakap dan tidak langgar Perlembagaan ataupun peraturan mesyuarat,” kata Puad kepada FMT, menambah Noh pernah menggalas portfolio menteri sambil menganggotai majlis tertinggi Umno.

Puad juga berkata dirinya profesional apabila menjalankan tugas speaker DUN Johor. “Saya tidak bercakap soal…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version