Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Dia Nak Rumah Tu” – Jiran Dakwa Ada Niat Buruk, Ali Puteh Kesal Warganet Keji Isteri & Arwah Ibu

today15 February 2023

Background

Sebelum ini, nama pelawak Ali Puteh heboh menjadi perbualan di media sosial selepas timbul konflik dengan kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd Ali berkaitan isu rumah abangnya, Allahyarham Abam.

Berdasarkan pemerhatian XTRA di media sosial Twitter, ada netizen mendedahkan dakwaan mengenai sikap sebenar Ali.

Individu itu mendakwa Ali mahu membolot harta pusaka milik anak buahnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

Menurut individu berkenaan yang mengatakan dirinya adalah jiran tetangga rumah arwah Abam, dia menuduh Ali mempunyai niat jahat dan sengaja mahu memburukkan Hidayah.

“Dayah tak menipu.. Tak menggunakan sihir pun. Ali ni memang hati dia berniat buruk, dia memang nakkan rumah tu. Takut orang tuduh dia tamak harta arwah, dia letak adik dia.

“Rumah tak berjaga, berhutan.. Benda-benda yang Ali dakwa tu adalah perbuatan abang ipar dia, nak memburukkan Dayah.

“Ali, rumah tu hak mutlak anak arwah. Ingat baik-baik. Jangan sentiasa merancang hal buruk sesama adik beradik. Ingat ada yang tahu hal sebenar dan nampak… netizen tak tahu boleh kau tipu.

“Nampak sangat mentaliti kau semakin tak sihat, akhirnya kau gila.. Kau ingat jiran-jiran ni buta,” tambahnya.

Komen terbabit turut dikongsikan oleh adik Hidayah, Mohd Zainuddin di akaun Facebook miliknya.

Namun begitu, sehingga kini dakwaan tersebut belum disahkan oleh Ali.

Menjengah ke Instagram Ali, dia meluahkan rasa kesal atas mesej peribadi yang diterimanya melalui aplikasi WhatsApp yang melemparkan kata-kata tidak senonoh kepada isteri dan arwah ibunya.

“Hmm sedih saya.. Sampai begini makian org pada arwah mak saya dan isteri saya.. Boleh jumpa kan saya insan ni? Saya akan ke balai polis untuk cover report Insya-Allah pasti jumpa insan ni,” tulisnya.

Terbaru, Hidayah meminta Ali untuk membayar hutang berjumlah RM60,000 sebulatnya tanpa ansurans atas dakwaan memfitnah.

Artikel Berkaitan: “Saya Sudah Lama Beri Masa & Ruang” – Hidayah Tak Setuju Ali Puteh Bayar RM60,000 Secara Ansuran!

Artikel Berkaitan: Ali Puteh Akan Bayar Hutang RM60,000 Secara Ansurans, Tampil Dedah Sebab Tak Beri Kunci Rumah Pada Balu Abam…

Written by: Salma