
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi diberitahu, tidak timbul sebarang curiga apabila terdapat transaksi wang masuk melibatkan jutaan ringgit ke dalam akaun Najib Razak pada 2011 dan 2012 kerana akaun itu milik Perdana Menteri ketika itu.
Bekas Pengurus Perhubungan AmBank Joanna Yu Ging Ping, 51, berkata beliau dan pihak atasannya tidak mensyaki dana itu daripada sumber haram kerana pemegang akaun adalah Najib.
Saksi pendakwaan ke-41 itu berkata demikian ketika disoal peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah pada perbicaraan bekas perdana menteri itu membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Muhammad Shafee: Kamu berurusan dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low. Berurusan dengan Nik Faisal Ariff Kamil (bekas ketua pegawai…