Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Dia Punya Kampung Dekat Korea” – Peminat Teruja Lihat Kampung Anak Pasangan Durian Kimchi

today20 December 2022

Background

Pasangan suami isteri pempengaruh, Ryzal Ibrahim dan Maryam Younarae membawa anak sulung perempuan mereka, Rina, pulang ke Korea Selatan, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di akaun TikTok, keluarga kecil itu sedang meluangkan masa bersama-sama di sekitar kawasan Korea yang dipenuhi oleh salji.

“Kita dah sampai Korea! Kampung Maryam. Banyaknya salji!” kata Maryam di dalam video tersebut.

“Balik kampung finally,” tulisnya di ruangan kapsyen

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa cemburu kepada Rina memandangkan dia mempunyai dua kampung yang berbeza.

“Untunglah kau dik, nanti cuti sekolah cikgu tanya kampung dekat mana, jawab Korea je cikgu.

“Rina boleh pilih nak balik kampung main banjir ke main salji.

“Lain macam vibes balik kampung dia.

“Pergh dia punya kampung Korea.

“Untung kau dik, kampung dekat korea.

“Another level do balik kampung vibes dia.

“Pergh kat kampung dia ada salji,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 1 juta tontonan, 220,000 tanda suka dan lebih 1224 komen.

Written by: Salma