Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Dia Sangat Bagus” – Hanya Jalani Uji Bakat Sehari, Baim Wong ‘Lock’ Anna Jobling Jadi Pelakon Filem Lembayung!

today30 May 2024

Background

Pelakon terkenal Indonesia, Baim Wong memuji aktres tersohor Anna Jobling yang memiliki kriteria dan mempunyai pakej lengkap sehingga terpilih untuk memegang watak Tantri dalam filem terbaharu arahannya, Lembayung.

Menerusi perkongsian di Instagram, Baim berkata dia datang ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan Anna bagi melihat sendiri kualiti lakonan aktres itu.

Katanya, proses uji bakat yang dilakukan bersama Anna hanya mengambil masa sehari sebelum membuat keputusan untuk memilihnya sebagai pelakon Lembayung.

“Pemilihan Anna memerlukan waktu berbulan, kerana saya mahukan pelakon dengam imej yang segar untuk Tantri.

“Saya harus terbang ke Malaysia kerana ingin mencari pelakon yang sesuai untuk Tantri.

“Perjalanan casting sangat singkat, satu malam saja dan saya terus terbang semula ke Jakarta.

“Ternyata, Anna pelakon yang sangat bagus,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Baim Wong (@baimwong)

Artikel Berkaitan: Sibuk Belajar Bahasa Indonesia, Anna Jobling Bakal Berhijrah? – “Saya Sangat Serius”

Artikel Berkaitan: Meerqeen Kantoi ‘Check In’ Hotel? Sarah Yasmine Tunjuk Bukti… Dakwa Curang Dengan Anna Jobling

Written by: Salma