Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Dia Sangat Memuliakan Ulama” – Hana Ismail Dedah Detik Perkenalan Dengan Dai Syed

today21 November 2022

Background

Selepas berita pertunangannya bersama pendakwah selebriti tular, pengacara Hana Ismail sempat berkongsi beberapa kriteria yang ada pada Da’i Syed yang membuatkan dia tertarik dengan bakal suaminya itu.

Menurut Hana, antara kriteria itu adalah, memiliki pengetahuan dalam agama Islam serta keperibadian lembut hati terutamanya cara Syed menjaga dan menggembirakan ibunya menjadi punca mengapa dia menerima lamaran tersebut.

“Meskipun perkenalan kami singkat, Alhamdulillah segalanya berjalan baik atas izin Allah SWT. 

“Keperibadian Syed yang lembut dalam tuturnya dan memiliki pengetahuan dalam bidang agama Islam membuatkan saya menerima lamarannya. Paling utama saya jatuh hati dengan cara dia menjaga dan menggembirakan ibunya,” katanya.

Memetik laporan Awani, Hana turut berkongsi secara ringkas perjalanan taaruf yang diadakan pada Oktober lalu.

“Sesi berlangsung dalam satu jam. Selepas itu saya membuat solat Istikharah memohon petunjuk Allah sebelum membuat keputusan menerima lamaran. Begitu juga dengan Syed yang menunaikan solat Istikharah sebelum kami melangkah ke fasa seterusnya,” jelasnya.

Bagaimanapun, Hana tidak berkongsikan mengenai tarikh pernikahannya bagaimanapun berharap agar orang ramai mendoakan majlis perkahwinannya berjalan dengan lancar.

“Saya mohon doa terbaik dari semua agar majlis pernikahan kami nanti berjalan lancar dan penuh barakah. Insya-Allah saya akan uar-uarkan nanti. Doakan kami,” ujarnya.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Dai Syed Selamat Bertunang Dengan Hana Ismail

ARTIKEL BERKAITAN:“Ingat! Perempuan Ni Bukan Mainan…” – Komen Afiq Muiz Buat Da’i Syed Cetus Spekulasi

ARTIKEL BERKAITAN:Tular Foto Bertemu Keluarga, Da’i Syed, Hana Ismail Jelas Dalam Proses Kenal Hati Budi – “Tak Ada Masalah Untuk Ke Fasa…”

 

Sumber: Awani, Rotikaya

Written by: Salma


Previous post