Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Dia Sentiasa Memuliakan Ibu” – Peluk Cium Ibu Di Karpet Merah, Netizen Puji Meerqeen

today23 February 2023

Background

Pelakon drama popular, Melur Untuk Firdaus, Meerqeen mencuri perhatian peminat selepas hadir pada majlis karpet merah yang diadakan baru-baru ini.

Menerusi perkongsian yang tular di TikTok, Meerqeen kelihatan dikelilingi peminat ketika lalu di karpet merah sehinggalah dia menyedari kehadiran ibunya yang turut sama hadir pada acara berkenaan.

Menerusi video berdurasi 15 saat itu, Meerqeen atau nama penuhnya, Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam kelihatan sempat berhenti dan bersalaman serta mencium pipi ibunya sebelum meneruskan perjalanan di karpet merah.

@dazlingme dia selalu memuliakan ibunya ? #meerqeen ♬ suara asli – Sadvibes?

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji sikap Meerqeen yang dianggap sangat memuliakan ibunya dan melabel aktor itu sebagai seorang anak yang baik.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 6 juta tontonan sejak ia dimuat.

Terdahulu, Meerqeen memaklumkan mengambil dua orang pengawal peribadi untuk mengelak sebarang kejadian yang boleh mencalarkan imejnya dan keputusan itu dibuat sepenuhnya bertujuan sebagai langkah berjnaga-jaga.

ARTIKEL BERKAITAN:Ambil Ikhtibar Pengalaman Lama, Meerqeen Pasang 2 Pengawal Peribadi

ARTIKEL BERKAITAN:Peminat Meerqeen Didakwa Bergaduh? Ini Respons Empunya Badan

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Bukan Anna Jobling Tu Boleh Undur Diri Sebelum Kena…” – Menari Lagu Swipe Di TikTok, Ketampanan Meerqeen Bikin Peminat Tak Keruan

Written by: Salma


Previous post