Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Dia Tak Selalu Membazir Duit, Beli Barang Pun Jimat” – Pakai Baju RM19, Fasha Sandha Dipuji ‘Humble’

today6 June 2024

Background

Aktres Fasha Sandha mencuri perhatian ramai di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, tular sebuah video yang memaparkan Fasha sedang bersiar di sebuah pusat beli belah sambil berkongsi mengenai baju yang dipakainya.

Kongsi ibu kepada tiga cahaya mata itu, dia membeli baju tersebut di laman beli belah secara dalam talian dengan harga yang sangat berpatutan.

“Tak kisah, macam baju yang saya pakai ini beli di Shopee saja, RM19 saja. Kena pandai cari,” ujar Fasha teruja.

Dalam video berlainan, isteri kepada aktor Aidil Aziz itu turut berkongsi dia tidak mencuba pakaian terlebih dahulu kerana ia akan muat dengan tubuhnya.

“Tidak, saya tak cuba. Alhamdulillah. Selalunya muat, macam boleh agak-agak saja.

“Saya dah tahu saiz saya tetapi ada sesetengah baju saya nak jenis besar, tak ketat sangat. Ada juga yang kita nak yang fit-fit saja, ikut situasi lah,” kongsinya lagi

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.

Rata-ratanya memuji sikap Fasha yang merendah diri dalam berfesyen malah ramai juga mengagumi kecantikan yang dimiliki pelakon tersebut.

fasha sandha fasha sandha

Dalam perkembangan lain, Fasha kini membintangi drama Khilaf Yang Tertulis yang bersiaran menerusi slot Samarinda setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3.

Khilaf Yang Tertulis juga boleh distrim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Drama hasil nukilan skrip oleh PGR’S Team, Moonamka dan Chinta Nadessha ini menampilkan barisan pelakon yang mantap seperti Fasha Sandha, Fadlan Hazim, Puteri Balqis, Ashraf Muslim, Chacha Maembong, Danish Hazriq, Rafique Iskandar dan Zamarul Hisham.

ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha Kongsi Kisah Mula Masuk Dapur Sejak Umur 10 Tahun – “Saya Bukan Orang Senang, Ada Masa Kena Catu Makanan”

ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha Persoal Individu Berat Mulut Ucap Terima Kasih, Kongsi Banyak Belajar Etika Dengan Bekas Suami

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Written by: Salma


Previous post