Rumah Mohammad Tahir Rahat diserang mafia bersenjata yang mahu merampas tanah miliknya di Hisari Nehri, Pakistan.

PETALING JAYA: Ahli perniagaan Malaysia berasal dari Pakistan, Mohammad Tahir Rahat meminta bantuan Wisma Putra berhubung keselamatan keluarganya susulan kediamannya di negara itu dihujani peluru oleh sekumpulan mafia tempatan, baru-baru ini.
Menurutnya, serangan mafia berpunca tindakan kumpulan itu mahu merampas tanah miliknya yang diwarisi sejak turun temurun di Hisari Nehri, Pakistan.
“Pada Ahad lalu, sekitar 200 orang mafia lengkap bersenjata melepaskan tembakan ke arah menara peninjau rumah. Kejadian itu menyebabkan saya terpaksa membalas tembakan dengan mereka.
“Kejadian itu berlarutan sehingga jam 8.30 pagi, itu pun setelah pihak polis tiba. Namun, kedatangan mereka hanya menyuraikan tembak menembak bukan menghentikan kegiatan mafia berkenaan.
“Kumpulan mafia itu…